Kawan Saya

Friday, May 17, 2013

Travel: Bandung!!

Assalamualaikum wbt

Baru nak buat post pasal Bandung. Walhal dah lama dah pergi.

Zai pergi Bandung dengan kawan-kawan.
kami berlima. Semua perempuan je tau.
Boleh kata ala-ala backpackers juga la.

Kami beli tiket flight masa tengah murah.

Lepas tu booking hotel yang harganya mampu milik.

ni la tempat tinggal kami.
Kami sampai flight terakhir. Malam.
Sampai hotel, check in then tidur.

Esok pagi after breakfast, kami berjalan kaki ke jalan besar cari taxi ke Pasar Baru.
Sampai sana orang tengah sibuk buka kedai.
Best jadi first customer.
Peniaga-peniaga ni akan jerit "Beli kak..kasi pecah telur!"
Pecah telur tu kira rezeki pertama pada hari tu la.

Pelbagai jenis sulam, lace, batu, besi..semua ada.

yang ganteng tu 'Tukang Tunjuk Jalan'




Masa jalan kat Pasar Baru tu hati-hati la. Ramai orang.
Ada ramai orang jual keychain, firdge magnet n bag barang kat dalam tu.
Kami tanya nama kedai. Pastu di tunjukkan jalan.
Sudahnya dia jadi tukang tunjuk jalan dan tukang bawa barang.
Cakap je nak beli apa..nanti dia bawa pegi kat kedai tu.
Seharian dalam tu.

2nd Day..

Hari ni kami upah Pak Supir bawa jalan-jalan.
Malam sebelum ni keluar berita Tangkuban Parahu meletus.
Baru cadang nak pergi.
Tukar plan...
Kami pergi Kawah Putih.
Subhanallah.. Cantikkkk bangat.
Tapi kat situ tak boleh lama-lama.
Sebab habuk belerang. Kena pakai sweeter/jacket and mask.



12 darjah celcius. Sejuk gila!


Balik tu kami beli strawberi & blackberi.
Yummy...
Tapi hati-hati masa beli.
Ada yang manis rasa gula sebab diorang ni rendam dalam air gula..kata pak supir.


3rd Day..

Pagi tu pergi Pasar Baru dulu untuk beli sikit barang yang belum cukup lagi.
Sekejap je singgah.
Kesian pak supir tunggu.

Lepas tu kami ke jalan apa ntah nama dia.. Lupa.
kat situ banyak jual kasut and jacket jenis kulit.
Lepas tu kami ke Toko Tiga.
Kat sini jual pakaian jenis jeans.
Original ok.

Tiba masa solat, kami ke masjid yang popular kat Bandung ni.
Masjid Raya Bandung Propinsi Jawa Barat
Terkejut kami masa sampai tu tengok luar masjid dah macam funfair.
Yang berskirt pendek, baju takde lengan semua ada.
Bukan takat luar masjid je...tapi dalam masjid pun ada.
Siap berderet-deret yang tidur dalam masjid tu.
Tidur Berjemaah katanya...haha



Sekarang masa untuk Trans Studio!
Tapi masa dah petang, so jalan-jalan kat luar jela.
At least dah samapi kannn.. hehe.


Lewat petang kami ke Kampung Daun.
Kat situ ada restoran dalam hutan.
Sangat cantik. Klasik. Best! Makanan pun sedap.





Gula-gula kapas
Sampai hotel pun dah malam.
Masa untuk packing barang.

4th Day...

Tiba masa untuk pulang.
Uang udah abis.

Mak oi.. banyak gila beg..
Bye..bye.. Bandung..


p/s: Bagi sapa-sapa yang nak nombor Pak Supir, ambik nombor kat bawah ni. Mereka ni ada hotel jugak. Yang penting mereka sangatttttt peramah.

Kak Lis : +62 852 2028 1960

Thursday, April 11, 2013

Oh Kursus kahwin!

Assalamualaikum wbt.

Hye B2B semua.
Macam mana persiapan korang?

Alhamdulillah..buat masa ni zai dah booking benda yang penting-penting.
Catering - DONE
Andaman - DONE
Photographer - DONE

Urusan borang nikah baru nak start uruskan.

Kursus kahwin yang sepatutnya pergi last week kena tunda sebab ayah heboh suruh join family day tempat kerja dia.

Ok la. Belum tentu lepas ni boleh join lagi kan...

Kursus tu tunda pada 4 & 5 Mei ni, tapi satu Malaysia dah tau yang 5 Mei 2013 tu tarikh kita mengundi..
So tunda la lagi kursus tu. 
Haishhh.. tiba-tiba terbit rasa menyesal tak pergi masa study dulu. 

Lepas dah attend kursus tu baru la senang nak uruskan borang nikah. 
Selagi tak pergi, selagi tu rasa tak lengkap je.

Dah isi borang pastu simpan balik. Haha.

Ok la semua.

SYS :)

Friday, March 8, 2013

Dugaan Tuhan

Assalamualaikum wbt.

Setiap orang ada cara tersendiri di uji dengan ujian Allah.
Dan mereka juga ada cara tersendiri untuk mengatasi ujian tu.

Tak terkecuali aku..sentiasa diuji.
Aku bersyukur..aku redha..

Aku perlukan kekuatan.
Aku perlukan tempat untuk berpaut.
Aku perlukan tempat berlindung.

Aku tak kuat.
Aku bukan seorang yang mempunyai hati yang keras.
Malah aku cuba..

Basah kering airmata melalui ujian ini.
Aku lemah.

Hanya Dia tempatku mengadu.
Hanya Dia kekuatanku.
Hanya Dia juga Maha Mengetahui.

Allahuakbar!!
Jauhkan aku dari anasir-anasir jahat.




akuyanglemah
Related Posts with Thumbnails